Saturday 21 July 2012

Butik mumDreams


Butik mumDreams® yang dulunya dikenali sebagai Butik-myDreams mula diasaskan pada tahun 2007 oleh seorang usahawan Muslimah yang juga merupakan seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata. Bermula sebagai gedung pakaian yang menghimpunkan pelbagai koleksi untuk ibu hamil, kini mumDreams® telah mengorak langkah dengan mereka dan menghasilkan sendiri koleksi mumDreams® yang terdiri daripada pakaian untuk ibu hamil dan ibu menyusu terutama koleksi buat ibu-ibu Muslimah.


Dengan membawa nama ’mumDreams’ iaitu impian setiap ibu, Butik mumDreams® meneruskan langkahnya dengan menyediakan pelbagai pilihan produk keibuan seawal ibu disahkan hamil ! Dari produk untuk kesihatan bayi, pakaian bayi, lampin kain moden sehinggalah persediaan perkakasan untuk proses penyusuan susu ibu seperti pam payudara, beg penyusuan, buku serta makanan tambahan untuk meningkat kuantiti susu, semuanya terdapat di Butik mumDreams®. Pelbagai rangkaian set bersalin juga boleh diperolehi di Butik mumDreams® . Pendek kata, anda tidak perlu ke sana sini untuk menyediakan kelengkapan menanti saat kelahiran bayi anda. 


For more information and images, please visit or mini site here.
Powered by:
Xpresszoom - http://www.xpresszoom.com 

"connecting businesses to the people"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...