Monday 21 October 2013

Kedai Emas Hajjah Wan Zainab





Syarikat Hajjah Wan Zainab Kedai Emas adalah sebuah syarikat Bumiputera yang menawarkan produk barangan kemas yang bermutu tinggi kepada pelanggan. Syarikat ini menerima sebarang tempahan barangan kemas daripada emas dan juga perak selain menerima perkhidmatan untuk membaikpulih barangan kemas lama dan rosak. Syarikat Hajjah Wan Zainab Kedai Emas turut membeli barangan emas lama untuk ditukarkan dengan barangan emas yang baru.

Sunday 6 October 2013

Penginapan Idaman (Kak Su Guest House)



Penginapan Idaman ataupun dikenali sebagai Kak Su Guest House terletak di Kampung Kubang Siput Kota Bharu Kelantan. Rumah tamu ini berdekatan dengan Bandar Setelit Pasir Tumboh.

Penginapan ini mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa, 3 bilik tidur, dapur dengan kemudahan memasak, peti sejuk serta mesin basuh. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin serta katil "double" dan "single". Rumah tamu ini juga mempunyai ruang letak kereta yang berpagar dan selamat boleh memuatkan sehingga 4 buah kereta. Peralatan lain yang disediakan termasuklah tilam tambahan, pemanas air, seterika dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...