Tuesday 26 November 2013

Seni Kraf Sakti Enterprise



Seni Kraf Sakti Enterprise adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan tempahan barangan kraf dari perak. Syarikat ini dimiliki oleh pengusaha Bumiputera tempatan, En Ab Halim Jaffar. Seni Kraf Sakti Enterprise berdaftar dengan Kraftangan Malaysia dan sentiasa menyertai sebarang pertandingan dan barangan kraf yang dianjurkan Kraftangan Malaysia memandangkan seni kraf perak yang dihasilkan amat berkualiti, bermutu tinggi, unik dan mempunyai kesenian yang tinggi.
Antara produk-produk seni kraf perak yang dihasilkan adalah barangan kemas berupa rantai tangan, rantai leher, cincin, cucuk sanggul, kerongsang dan sebagainya. Selain itu syarikat ini turut menghasilkan seni kraftangan lain seperti cokmar, tas tangan wanita, keris serta cenderamata lain seperti replika beca, gong dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...