Monday, 20 January 2014

MSB Enterprise

SB Enterprise adalah sebuah syarikat perusahaan perabot dan perkakasan rumah serta pejabat berasaskan rotan. Perniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. En. Mohd Samsudin b Ali yang merupakan pemilik perusahaan ini telah berkecimpung dalam bidang perabot melebihi 20 tahun.
Antara barangan perabot rotan yang dihasilkan adalah kerusi set, meja kopi, lampu hiasan rumah dan bilik tidur, buaian bayi, kerusi rehat/ santai, kerusi moden, alatan permainan kanak-kanak, katil bayi, katil dan pelbagai lagi.
Pelanggan-pelanggan boleh membuat tempahan mengikut rekaan yang diingini di samping boleh mendapatkan perabot siap di premis ini.
Untuk maklumat lanjut, hubungi atau kunjungi MSb Enterprise hari ini untuk mendapatkan perabot rotan yang berkualiti tinggi dengan harga  yang berpatutan.
- See more at: http://www.xpresszoom.com/msbenterprise#sthash.Tv96M8bf.dpuf

MSB Enterprise adalah sebuahMSB Enterprise adalah sebuah syarikat perusahaan perabot dan perkakasan rumah serta pejabat berasaskan rotan. Perniagaan ini dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera. En. Mohd Samsudin b Ali yang merupakan pemilik perusahaan ini telah berkecimpung dalam bidang perabot melebihi 20 tahun. 


Antara barangan perabot rotan yang dihasilkan adalah kerusi set, meja kopi, lampu hiasan rumah dan bilik tidur, buaian bayi, kerusi rehat/ santai, kerusi moden, alatan permainan kanak-kanak, katil bayi, katil dan pelbagai lagi.

Tuesday, 26 November 2013

Seni Kraf Sakti Enterprise



Seni Kraf Sakti Enterprise adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan tempahan barangan kraf dari perak. Syarikat ini dimiliki oleh pengusaha Bumiputera tempatan, En Ab Halim Jaffar. Seni Kraf Sakti Enterprise berdaftar dengan Kraftangan Malaysia dan sentiasa menyertai sebarang pertandingan dan barangan kraf yang dianjurkan Kraftangan Malaysia memandangkan seni kraf perak yang dihasilkan amat berkualiti, bermutu tinggi, unik dan mempunyai kesenian yang tinggi.
Antara produk-produk seni kraf perak yang dihasilkan adalah barangan kemas berupa rantai tangan, rantai leher, cincin, cucuk sanggul, kerongsang dan sebagainya. Selain itu syarikat ini turut menghasilkan seni kraftangan lain seperti cokmar, tas tangan wanita, keris serta cenderamata lain seperti replika beca, gong dan sebagainya.

Monday, 21 October 2013

Kedai Emas Hajjah Wan Zainab





Syarikat Hajjah Wan Zainab Kedai Emas adalah sebuah syarikat Bumiputera yang menawarkan produk barangan kemas yang bermutu tinggi kepada pelanggan. Syarikat ini menerima sebarang tempahan barangan kemas daripada emas dan juga perak selain menerima perkhidmatan untuk membaikpulih barangan kemas lama dan rosak. Syarikat Hajjah Wan Zainab Kedai Emas turut membeli barangan emas lama untuk ditukarkan dengan barangan emas yang baru.

Sunday, 6 October 2013

Penginapan Idaman (Kak Su Guest House)



Penginapan Idaman ataupun dikenali sebagai Kak Su Guest House terletak di Kampung Kubang Siput Kota Bharu Kelantan. Rumah tamu ini berdekatan dengan Bandar Setelit Pasir Tumboh.

Penginapan ini mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa, 3 bilik tidur, dapur dengan kemudahan memasak, peti sejuk serta mesin basuh. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin serta katil "double" dan "single". Rumah tamu ini juga mempunyai ruang letak kereta yang berpagar dan selamat boleh memuatkan sehingga 4 buah kereta. Peralatan lain yang disediakan termasuklah tilam tambahan, pemanas air, seterika dan sebagainya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...