Monday, 21 October 2013

Kedai Emas Hajjah Wan Zainab





Syarikat Hajjah Wan Zainab Kedai Emas adalah sebuah syarikat Bumiputera yang menawarkan produk barangan kemas yang bermutu tinggi kepada pelanggan. Syarikat ini menerima sebarang tempahan barangan kemas daripada emas dan juga perak selain menerima perkhidmatan untuk membaikpulih barangan kemas lama dan rosak. Syarikat Hajjah Wan Zainab Kedai Emas turut membeli barangan emas lama untuk ditukarkan dengan barangan emas yang baru.

Sunday, 6 October 2013

Penginapan Idaman (Kak Su Guest House)



Penginapan Idaman ataupun dikenali sebagai Kak Su Guest House terletak di Kampung Kubang Siput Kota Bharu Kelantan. Rumah tamu ini berdekatan dengan Bandar Setelit Pasir Tumboh.

Penginapan ini mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa, 3 bilik tidur, dapur dengan kemudahan memasak, peti sejuk serta mesin basuh. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin serta katil "double" dan "single". Rumah tamu ini juga mempunyai ruang letak kereta yang berpagar dan selamat boleh memuatkan sehingga 4 buah kereta. Peralatan lain yang disediakan termasuklah tilam tambahan, pemanas air, seterika dan sebagainya.

Wednesday, 25 September 2013

Summit Style Tailor


Summit Style Tailor adalah sebuah butik eksklusif jahitan pakaian lelaki yang bertempat di Jalan Tengku Besar, Kota Bharu Kelantan. 


Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh butik jahitan ini adalah menerima pelbagai tempahan jahitan pakaian formal seperti kemeja, pakaian seragam, jubah, batik dan sebagainya. 

Monday, 23 September 2013

STZ Rumah Tamu Gertak Lembu Salor


STZ Rumah Tamu adalah sebuah rumah tamu dengan reka bentuk moden di dalam suasana kampung yang mendamaikan. Rumah Tamu ini dibina di Kampung Gertak Lembu Salor yang jaraknya hanya 20 min dari Bandar Kota Bharu, 5-10 minit dari Pasar Awam Bersepadu (Pasar Borong) Wakaf Che Yeh dan hanya 10 minit dari Bandar Pasir Mas. Antara kemudahan yang disediakan Rumah Tamu STZ adalah:


 - Perabot lengkap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...