oleh Siti Sarwani Salleh
Kota Bharu 23 April - Satu acara perlepasan berbasikal secara solo dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dilakukan oleh En Wan Hashim Wan Mahmood, seorang warga emas diadakan di kediaman beliau pagi tadi, di Jalan Telipot.
En. Wan Hashim Wan Mahmood, warga emas yang berusia 68 tahun telahpun mencipta rekod kayuhan basikal secara solo selama 28 hari di seluruh Malaysia akan menerima pengiktirafan oleh Malaysian Book of Records untuk rekod kayuhan tersebut. Beliau dijangka akan tiba di Kuala Lumpur untuk menerima anugerah tersebut pada hari Ahad nanti. Jarak kayuhan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur adalah sejauh 453 kilometer.
Majlis pelepasan ini dihadiri oleh Presiden Persatuan Berbasikal Kelantan, wartawan serta beberapa orang penaja iaitu dari Xpresszoom, yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif En. Adi Asokan dan Timbalan Presidennya, Haji Hassan Haji Yaacob serta beberapa penaja dari syarikat-syarikat lain.
No comments:
Post a Comment